Category Archives: Uncategorized

Rumah Najib Razak jadi tumpuan tempat ‘persinggahan’ pada malam minggu

Di kala pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpalit dalam kes membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), orang awam pula menjadikan kediaman bekas perdana menteri itu sebagai tempat ‘persinggahan’ pada malam minggu. Rata-rata mereka tidak melepaskan peluang ini untuk berswafoto berlatarbelakangkan kediaman Najib. Tidak kurang juga yang dilihat memperlahankan kenderaan ketika melalui Jalan Langgak Duta untuk melihat situasi di sini.

Orang awam yang ditemui Astro AWANI meluahkan rasa teruja berada di pekarangan bekas pemimpin negara tersebut. Mereka menyifatkan ‘berkampung’ di luar sini sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Lokasi di Taman Duta dekat sini menjadi tumpuan media sejak Rabu susulan pencarian oleh pihak polis. Lima lokasi lain turut digeledah. Peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, kehadiran polis adalah bagi melakukan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA). Tiada sebarang dokumen diambil dan tiada penahanan dibuat.

Dalam pada itu, Najib diminta hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan pada Selasa ini bagi membantu siasatan kes melibatkan SRC International. SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. Perkembangan siasatan kes membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, terus mencuri perhatian orang ramai yang berminat untuk mengetahui perkembangannya dengan lebih dekat. Mereka dilihat turut berada di kawasan berhampiran laluan masuk ke kediaman Najib di Jalan Langgak Duta yang turut dipenuhi dengan petugas media yang membuat liputan kes ini. Peniaga dari Kuala Perlis, yang ingin dikenali sebagai Ina, 40, berkata dia datang bersama keluarganya dari jauh untuk melihat dengan lebih dekat rumah bekas Presiden UMNO itu. “Beberapa hari lalu saya hanya ikuti perkembangan Datuk Seri Najib menerusi YouTube dan media sosial.

“Memandangkan minggu ini saya ada urusan perniagaan di Lembah Klang, saya ambil keputusan untuk mencari sendiri rumah Datuk Seri Najib dan melihat dengan lebih dekat,” katanya kepada NSTP. Pemandu dari Kajang, P Balan, 45, pula datang bersama pakcik dan kakaknya untuk melihat kelibat Najib dan kediamannya. “Saya bersama kakak dan pakcik saya datang dari Kajang, untuk melihat sendiri kediaman bekas Perdana Menteri. “Tetapi kami sedikit hampa apabila hanya dapat melihat dari jauh selepas laluan masuk dikawal oleh polis,” katanya. Pegawai Jualan yang ingin dikenali sebagai Chern, 42, berkata dia mengambil keputusan untuk datang melihat sendiri keadaan di kediaman bekas Perdana Menteri itu selepas beberapa rakannya berbuat demikian. “Saya bersama teman dari Petaling Jaya, ingin melihat dengan lebih dekat kediaman bekas Perdana Menteri, sebab ramai kawan yang lain sudah pergi ke situ. “Kami juga cuba untuk melihat Datuk Seri Najib, manalah tahu kalau ketika dia lalu menaiki kereta beliau berhenti dan buka tingkap kenderaan, inilah peluang untuk lihat beliau dengan lebih dekat,” katanya.