Author Archives: Admin

Malaysians welcome the first Hari Raya Aidifitri after the historic and watershed 14th General Election

(14-06-2018)

Hope, joy and pride that Malaysia has a second chance to fulfill the Malaysian Dream to be a top world-class nation which is “a beacon of light to a disturbed and distracted world”. All Malaysians welcome with hope, joy and pride the first Hari Raya Aidifitri after the historic and watershed 14th General Election on May 9, 2018.

Malaysians are rightfully proud that they can now stand tall in the world after effecting a peaceful and democratic transition of power, an affirmation of democracy as a system of governance at a time when democracy is in decline all over the world, and to repudiate the infamy, ignominy and iniquity of a global kleptocracy. What gives great hope for the future is the exhilarating spirit, energy and power of Malaysians – not Malays, Chinese, Indians, Kadazans or Ibans – coming together to save Malaysia from becoming a failed, kakistocratic, rogue and kleptocratic state, and succeeding against formidable odds and forecasts of all mainstream pollsters and analysts. It is no exaggeration to say that never before in previous thirteen general elections since 1959 had the country seen such intensity and viciousness in the politics of fear, hate, lies, race and religion as in the 14th General Election.

This has made Malaysia’s second chance to fulfill the Malaysian Dream to be a top world-class nation which is “a beacon of light to a disturbed and distracted world” even more precious and invaluable.Thirty-one years ago, a top government official told me that the DAP was “too ahead of the times” and although DAP principles and polices were right and good for the country – it might take another generation for them to become generally acceptable. The time has come to reset Malaysia’s nation-building polices and directions where Malaysians will stop thinking of themselves merely as Malays, Chinese, Indians, Kadazans and Ibans but to think of themselves as Malaysians! Let Malaysians leverage on the strength and assets of our diversities of race, religion, language and culture to transform Malaysia into a top world class nation in every field of human endeavor and be an example to the world of an united, harmonious, successful, progressive and prosperous nation.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Nasihat dari Tun Mahathir menjelang Hari Raya

(14-06-2018)

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh rakyat yang akan menyambutnya, esok. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerjanya masih menimbun walaupun esok adalah Hari Raya. Bagaimanapun, beliau sempat mencuri sedikit masa untuk mesej video di mana dirinya memberi nasihat untuk mereka yang akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga mereka.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik Chedet Official di Facebook, hari ini, beliau turut mengingatkan rakyat yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati memandu. “Hari ini hari terakhir berpuasa, esok hari raya Aidilfitri tetapi hari terakhir ini, saya masih bertimbun kerja dan terpaksa bekerja sampai petang dan tidak boleh rehat. Jadi kepada semua yang sedang balik ke kampung, ingatlah keluarga menunggu dan jangan kecewakan mereka dengan terbabit dengan kemalangan di jalan raya.” Tun Dr Mahathir turut mengingatkan mereka yang pulang supaya tidak tergesa-gesa dan memandu dengan berhati-hati. “Jangan terburu-buru, kerana hanya sedikit sahaja lebih cepat, … kadang-kadang untuk sampai ke rumah 15 minit lebih awal kita gopoh dan dengan itu kemalangan boleh berlaku. Oleh itu, pandulah dengan cermat, biar lambat asal selamat, jangan terburu-buru,” katanya.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat supaya tidak makan terlalu banyak pada hari raya dan makan secara bersederhana. Menerusi video berkenaan, Perdana Menteri turut berkongsi saat hari raya yang paling mengembirakannya apabila seluruh keluarga dapat berkumpul dan berhari raya bersama selepas selesai solat sunat Aidilfitri. Selain itu, beliau juga sempat berkongsi mengenai kuih, lagu dan warna baju raya kegemarannya. “Kuih makmur tetapi kurang gula, dulu saya banyak gula, saya sekarang kurang gula. Lagu kegemaran Selamat Hari Raya dendangan Allahyarham Sudirman, warna baju ungu,” katanya. Beliau juga menasihati mereka yang meraikan Hari Raya untuk menjauhkan diri daripada bermain mercun.

Sebelum mengakhiri rakaman itu, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya dan menjemput rakyat untuk hadir ke Rumah Terbuka Perdana Menteri yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, esok.

Terkini : PLUS melanjutkan Diskaun tol 50% sehingga 4 pagi 15 Jun (Jumaat)

(14-06-2018)

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. Bagi memastikan para pengguna rangkaian Lebuhraya PLUS, termasuk LPT2 dapat pulang berhari raya Aidilfitri dengan selamat, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini melanjutkan tempoh penawaran diskaun tol 50 peratus sehingga jam 4 pagi pada 15 Jun (Jumaat). Lanjutan tempoh penawaran diskaun itu merangkumi kesemua transaksi tol kecuali bagi kenderaan Kelas 2 dan 3 di semua rangkaian lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu. Bagaimanapun, lanjutan tempoh penawaran diskaun itu tidak melibatkan transaksi tol Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor, menurut kenyataan itu. PLUS, dalam kenyataannya hari ini, berkata lanjutan tawaran itu bagi memastikan para pengguna dapat peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan selamat. PLUS menghargai sokongan berterusan para pengguna terhadap perkhidmatan rangkaian lebuh rayanya dan ingin menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri mereka.

PLUS juga menasihatkan supaya orang ramai memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi had laju serta arahan pihak berkuasa.

Tun M menyeru rakyat berjimat bersama kerajaan Pakatan Harapan

Dalam perutusan Hari Raya yang disiarkan secara secara langsung di stesen RTM 1 malam ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat agar mengambil pendekatan berjimat bersama kerajaan, sambil menambah yang ia akan “menghasilkan kesejahteraan hidup kita di masa hadapan”. Pengerusi Pakatan Harapan ini juga menyeru rakyat supaya bersabar dengan langkah penjimatan yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi mengurangkan hutang negara.

“Kami berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul. Tetapi untuk mencapai matlamat ini, langkah penjimatan perlu diambil, dan wang yang tidak halal tidak lagi boleh diagih kepada rakyat untuk menawan hati,” kata Tun Dr Mahathir. Beliau berkata selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH terkejut apabila mendapati hutang negara, termasuk yang dijamin kerajaan, mencecah RM1 trilion. Tun Dr Mahathir, yang baru pulang daripada lawatan kerja di Jepun, berkata Malaysia mampu mengatasi kesulitan kewangan dengan semangat yang kuat. “Percayalah, apa yang dihadapi oleh kita sekarang, tidak seberat apa yang dihadapi rakan-rakan kita di beberapa buah negara lain terutamanya di Timur Tengah,” beliau berucap. Tanpa menyebut mana-mana negara, beliau berkata demokrasi yang diharapkan tidak tercapai apabila perang saudara berlaku dan menghancurkan negara itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Malaysia akan mencapai kejayaan yang tidak disangka, hasil lawatan kerja beliau ke Jepun. Beliau berkata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah memberikannya masa yang cukup panjang untuk mendengar masalah yang dihadapi di Malaysia. “Dan dia memberi pengakuan bahawa setakat yang dia mampu, dia akan tolong, ” katanya menerusi catatan Twitternya @chedetofficial, semalam. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia. Menurut Perdana Menteri, ketika beliau mula melaksanakan projek kereta Proton pada tahun 1980-an, Malaysia tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai cara membuat kereta tetapi secara beransur-ansur memperoleh pengetahuan untuk mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta secara besar-besaran selama lebih daripada dua dekad. “Malangnya Proton telah dijual kepada orang China yang telah diberi hak untuk menguruskan Proton, jadi Malaysia sekarang tidak memanfaatkan kemahiran terbabit,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa.

Dr Mahathir, yang pertama kali mendedahkan rancangan untuk inisiatif nasional baharu bagi Malaysia di Persidangan Nikkei berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peluang bagi jurutera Malaysia melakukan sesuatu dengan sendiri di Malaysia. Beliau menegaskan bahawa Proton tidak lagi merupakan kereta nasional. Dr Mahathir berkata agak banyak syarikat kejuruteraan Malaysia terpaksa ditutup kerana mereka tidak dapat membekalkan barangan mengikut permintaan pemilik atau pengurus baharu Proton. Menjelang Hari Raya, Tun Dr Mahathir juga mengingatkan rakyat Malaysia yang mereka masih boleh meraikan perayaan dengan selesa selepas kerajaan bertukar kepimpinan secara aman pada 9 Mei. Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri, memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya dan menggesa rakyat yang bukan beragama Islam agar turut bersama-sama meraikan perayaan itu dengan rakan mereka yang beragama Islam.

“Marilah kita bersama-sama memupuk semangat bersatu padu antara kaum di negara ini sempena Raya Aidilfitri,” katanya. – 14 Jun, 2018.

Rumah Najib Razak jadi tumpuan tempat ‘persinggahan’ pada malam minggu

Di kala pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpalit dalam kes membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), orang awam pula menjadikan kediaman bekas perdana menteri itu sebagai tempat ‘persinggahan’ pada malam minggu. Rata-rata mereka tidak melepaskan peluang ini untuk berswafoto berlatarbelakangkan kediaman Najib. Tidak kurang juga yang dilihat memperlahankan kenderaan ketika melalui Jalan Langgak Duta untuk melihat situasi di sini.

Orang awam yang ditemui Astro AWANI meluahkan rasa teruja berada di pekarangan bekas pemimpin negara tersebut. Mereka menyifatkan ‘berkampung’ di luar sini sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Lokasi di Taman Duta dekat sini menjadi tumpuan media sejak Rabu susulan pencarian oleh pihak polis. Lima lokasi lain turut digeledah. Peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, kehadiran polis adalah bagi melakukan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA). Tiada sebarang dokumen diambil dan tiada penahanan dibuat.

Dalam pada itu, Najib diminta hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan pada Selasa ini bagi membantu siasatan kes melibatkan SRC International. SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. Perkembangan siasatan kes membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, terus mencuri perhatian orang ramai yang berminat untuk mengetahui perkembangannya dengan lebih dekat. Mereka dilihat turut berada di kawasan berhampiran laluan masuk ke kediaman Najib di Jalan Langgak Duta yang turut dipenuhi dengan petugas media yang membuat liputan kes ini. Peniaga dari Kuala Perlis, yang ingin dikenali sebagai Ina, 40, berkata dia datang bersama keluarganya dari jauh untuk melihat dengan lebih dekat rumah bekas Presiden UMNO itu. “Beberapa hari lalu saya hanya ikuti perkembangan Datuk Seri Najib menerusi YouTube dan media sosial.

“Memandangkan minggu ini saya ada urusan perniagaan di Lembah Klang, saya ambil keputusan untuk mencari sendiri rumah Datuk Seri Najib dan melihat dengan lebih dekat,” katanya kepada NSTP. Pemandu dari Kajang, P Balan, 45, pula datang bersama pakcik dan kakaknya untuk melihat kelibat Najib dan kediamannya. “Saya bersama kakak dan pakcik saya datang dari Kajang, untuk melihat sendiri kediaman bekas Perdana Menteri. “Tetapi kami sedikit hampa apabila hanya dapat melihat dari jauh selepas laluan masuk dikawal oleh polis,” katanya. Pegawai Jualan yang ingin dikenali sebagai Chern, 42, berkata dia mengambil keputusan untuk datang melihat sendiri keadaan di kediaman bekas Perdana Menteri itu selepas beberapa rakannya berbuat demikian. “Saya bersama teman dari Petaling Jaya, ingin melihat dengan lebih dekat kediaman bekas Perdana Menteri, sebab ramai kawan yang lain sudah pergi ke situ. “Kami juga cuba untuk melihat Datuk Seri Najib, manalah tahu kalau ketika dia lalu menaiki kereta beliau berhenti dan buka tingkap kenderaan, inilah peluang untuk lihat beliau dengan lebih dekat,” katanya.

Sirul Azhar Sedia Dedahkan Siapa Sebenar Pembunuh Altantuya- Inilah Dalangnya Sungguh Tak Percaya

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar sedia mendedahkan perkara sebenar dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang berlaku 12 tahun lalu. Dalam satu kenyataan, Sirul Azhar berkata, dia sedia membuat pendedahan itu dengan syarat diberikan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong.

Tanpa pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Australia tidak boleh melepaskan saya daripada tahanan,” katanya. Menurutnya, dia sedia bekerjasama dengan kerajaan baharu untuk menjadi saksi sekiranya kes itu dibuka semula. Saya mengalu-alukan pertolongan daripada kerajaan Malaysia dan memohon kerajaan bekerjasama dengan kerajaan Australia bagi membebaskan saya daripada Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia,” katanya. Sirul Azhar berada dalam tahanan imigresen di Brisbane sejak 20 Januari 2015. Menurutnya, hasrat itu disuarakan susulan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan perbicaraan kes bunuh tersebut kerana tiada saksi mata dikemukakan dan mahkamah hanya bergantung kepada bukti keterangan semasa yang tidak kuat.

Disebalik pengalaman hitam itu, Sirul juga sedih apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa kecaman orang ramai. “Mereka tak tahu. Itu kesalahan pertama saya. Bersama UTK, saya berkhidmat untuk menangkap dan bunuh pencuri dan pelbagai jenayah semuanya untuk keselamatan negara. Orang awam tak tahu bagaimana UTK berfungsi kerana kami kena ikut perintah,” katanya. Pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul Azhar tertuduh kedua dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri tertuduh pertama selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Sirul Azhar didakwa atas pertuduhan membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang dekat sini. Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-duanya selepas membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Selian mereka, bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada mulanya didakwa bersubahat dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

CERITA KEDUA Hari ni hari memburu cerita seram katanya sebab minggu depan banyak entri berilmiah nak kena tulis. Dua tiga hari ni sibuk sikit even orang bercuti.. Sibuk mengumpul bukti katanya.Almaklum la aku ni kadang2 macam detective conan jugak kan.. Bukti apa.. Tak apa belum masanya aku bongkarkan apa yang berlaku kat aku yang melibatkan blog aku ni. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Ok.. ok berbalik kepada cerita seram. Ni bukan cerita ‘SX’ ok.. Ni cerita pengalaman seram seorang pelajar yang tinggal di asrama sekolah melihat satu kejadian yang mula2 dia sendiri tak paham apa yang berlaku katanya. Kisahnya mamat ni.. masa tu dia baru tingkatan 3. Nak di jadikan cerita.. sebab dia rasa jauh nak ulang alik dari rumah so di mohon untuk tinggal di asrama. Memang dah rezeki dia permohonan dia di luluskan so apa lagi dia packing barang semua .. Masuk asrama la.

Dia sampai asrama tu dekat dekat nak maghrib.. lepas solat, makan semua. Masing2 balik ke asrama la. Dalam dorm dia tu ada 6 katil double decker.. Bermakna dalam 1 bilik ada 12 orang pelajar. Undang2 kat asrama katanya pukul 12 semua lampu kena padam.. Bermakna sila tidur yer murid murid. Takde maknanya kau nak main spirit2 of the coin tetengah malam semata mata nak tau sapa nama awek kawan kau tu. hehehehe.. Mamat ni dia biasa tidur dalam keadaan cerah. Tapi nasib baik la dia tidur katil dekat tingkap.. so cahaya lampu jalan tu menerangi la katil dia. Jadi tak la kena kejutan sangat malam pertama kat asrama kena tidur dalam gelap.

Tengah2 tidur tetiba dia terjaga sebab dengar bunyi katil bergerak tapi dia tak sure pukul berapa. So dia pun usya kearah katil kawan dia yang dia rasa buat bunyi bising tu.. Tetiba dia nampak macam orang hitam atas badan kawan dia. Kawan dia ni tidur secara meniarap.. so nampak la orang hitam yang ada atas badan kawan dia macam sedang bergerak gerak.. Cuma time tu katanya dia tak paham pun apa benda orang hitam yang dia nampak tu buat. Dia cuma terfikir maybe ada kawan lain yang tumpang tidur atas katil kawan dia.

Pagi tu dia tanya kawan dia.. dia dok gurau dengan sapa malam tadi. Sebab mamat ni fikir kawan dia dok bergurau je.. Punya lurus gila pemikiran budak ni kan? Confirm budak suci murni tak pernah tercemar otak dia dengan perlakuan2 sumbang mambang. Kawan dia cakap mana ada dia gurau atau tidur dengan sesapa semalam. Katil dia tu memang muat2 untuk dia sorang jer.. Almaklum kawan dia tu bukan size S.. katil bujang double decker tingkat atas pulak.. Kalau dah berdua risau yang kat bawah satgi mati terpenyek pulak katanya…

Mamat ni mula pelik sebab dia memang nampak ada orang tidur atas belakang badan kawan dia semalam.. Bila dia bagitau kawan dia pun mengaku memang dia rasa sakit belakang & sakit bahagian bontot lepas bangun pagi. Lepas habis sembahyang jumaat masa nak balik asrama tu.. dia tanya ustaz kot2 asrama dia duduk tu dulu ada pernah berlaku kejadian seram atau mistik ker sebab dia memang nampak orang hitam duduk atas belakang kawan dia semalam.. Ustaz dia cuma cakap dulu ada la.. Tapi ustaz tu tak bagi depa dok bercakap bukan bukan. Lepas tu dia cerita kat ustaz apa dia nampak semalam.. Lepas dengar je cerita ustaz nampak macam cuak. Petang tu dia pergi ke asrama depa.. Yang mamat ni cuak dah ingat ustaz nak buat sport check sebab dia bawa enpon. Dalam hati do fikir confirm enpon dia kena rampas nanti.. Tapi yang berlaku sebaliknya..

Ustaz tanya kawan dia yang di datangi orang hitam yang dia nampak semalam.. Tanya ada sakit kat mana2 tak.. So kawan dia cerita la sakit hapa semua. Kemudian ustaz tu letak tangan kat belakang badan kawan di sambil membaca sesuatu.. terus kawan dia muntah. Habis merawat kawan dia tu.. Ustaz tanya lagi ada sesiapa yang rasa sakit bahagian belakang & bontot tapi memasing tak mengaku maybe malu kot orang tahu kena liwat dengan makhluk hitam. Baru dia tahu makhluk hitam yang dia nampak tu la orang panggil orang minyak. Perbuatan yang dia nampak orang minyak buat kat kawan dia rupanya meliwat.. Yang pelik orang minyak biasanya cari anak dara tapi orang minyak yang kacau asrama dia ni songsang pulak. Tersalah amalkan ilmu hitam ke camna tak tau la kan.. Dia pilih kaum sejenis pulak hahaha.

Bila tak ada yang mengaku tu.. Ustaz tu pun bagitau la. Sesiapa yang pernah kena liwat dengan orang minyak kalau tak di rawat akan terberanak anak orang minyak.. Baru sorang demi sorang keluar buat pengakuan. Kalau tidak sampai sudah masing2 nak menyembunyikan depa dah di ragut keterunaan. hehehehehe.. Selesai rawat semua pelajar yang terkena gangguan orang minyak tu.. Semua pelajar ustaz suruh balik rumah masing2 kecuali mamat yang boleh nampak orang minyak tu jer. Sebab kata ustaz dia boleh nampak maybe nanti dia boleh tolong apa – apa.

Lepas isyak macam tu ustaz bersama beberapa orang kawan dia termasuk mamat ni.. pergi ke asrama yang berlaku gangguan orang minyak tu. Dia nampak depa tabur something keliling asrama sambil bawa kain batik & batang pisang. Dia sendiri tak pasti apa ustaz & kawan2 dia tabur.. dia sekadar memerhati je. Tiba2 dengar macam ada benda jatuh dari tingkat 2. So semua berlari naik tangga ke tingkat dua nak tengok apa yang berlaku. Betul la macam di jangka.. Yang kedebuk tu orang minyak. Maka masing2 boleh tengok live orang minyak berbogel tergolek kat situ. Ustaz & kawan2 dia mengelilingi orang minyak tu.. dia di suruh keluar & tutup pintu tapi dia cuma tutup pintu tapi tak keluar pun sebab dia nak tengok pertaruhan antara manusia & orang minyak tu. Gamaknya dia ni dok bayang macam tengok wrestling.. Undertaker lawan dengan Broker-T kot.

Orang minyak ni menurut cerita budak ni.. ada kelebihan luar biasa. Fizikal macam orang tapi boleh melekat kat dinding macam spiderman & lidah dia terjelir sampai pusat.. Dia memang bogel so orang perempuan tak sesuai nak tengok aksi pertaruhan orang minyak dengan para perawat. Lepas setengah jam pertarungan akhirnya orang minyak tu rebah.. Tu pun lepas kena rembat dengan batang pisang katanya. Merayu2 minta ampun. Lebih ustaz tu acah2 nak sembelih dia.. ketakutan orang minyak tu. akhirnya dia hilang bersama asap tebal. esok tu budak ni pack terus semua barang2 dia.. Tak jadi tinggal kat asrama katanya. Takpe la jauh sikit dia berulang alik ke asrama.. kena rotan sebab lewat sampai sekolah pun dia sanggup dari jadi mangsa liwat orang minyak. hehehehehe. Sempat jugak dia tanya ustaz betul ke yang kena liwat dengan orang minyak boleh terberanak anak orang minyak.. Ustaz dia cakap mana ada. Acah je tu kalau tak tak ada yang nak mengaku. Hahahaha.. lelaki mana boleh beranak dik Ooi… apa ke bendul sangat kau ni.

Tak tau la betul ke tidak cerita ni.. Aku baca macam drama pun ada tapi sebab penulisan cerita dia buat aku enjoy baca so aku isi la dalam ruangan seram serik lekat lekit untuk pembacaan santai petang2 ni kan? Tak payah ambil serius sangat la kan.. Satgi ada pulak dok pertikai betul ke tidak. Betul ke tak… Wallahualam.. Moral of the story.. Bukan manusia je ada yang gay.. orang minyak pun dah terjebak jadi gay. Gamaknya perempuan dah tak menarik sangat kot.. Tapi ok la kan.. selalu dok baca makhluk2 ni dok target perempuan je jadi mangsa pemuas nafsu depa.. sekali sekala ada yang songsang tu selamat la sikit kaum wanita katanya hahahaha.